Wednesday, October 13, 2010

DI SEBALIK TABIR - D'AII KITCHEN

D'AII KITCHEN - 15 August 2010 adalah tarikh bermulanya aku berjinak2 di dalam dunia membuat kek sarawak di semenanjung bertempat di rumah ku Equine. Kek pertama yang ku buat merupakan kek lapis sambas. 


Well so far so good, dengan menggunakan oven yg baru ku beli dari kedai "KAWAN KU " ini lah hasil nya. Bermula dari situ aku start terpikir tentang bagaimana sekiranya aku mengambil tempahan dari kawan2. Selang 1 minggu selepas itu kawan ku menyuruh ku buatkan kek untuk family nya, setelah dia rasa kek lapis sambas yg aku buat. Dari situ lah bermula nya planing untuk menerima tempahan kek dan mempromosikan kek lapis sarawak. 

Bagaimana D'AII KITCHEN wujud?  D'AII adalah gabungan 2 nama (orang yg membantu ku dibelakang tabir) KITCHEN bermaksud dapur ....segalanya bermula disitu, jadi sesuailah sekiranya ianya dinamakan D'AII KITCHEN ....